Selasa, 5 Januari 2010
Hari pertama persekolahan
4 Januari 2010 hari Isnin, bermula penggal persekolahan sesi 2010. Hari ini Syauqi masuk ke alam persekolahan sebenar setelah 2 tahun belajar di prasekolah. Ada sedikit perubahan pada personaliti syauqi. Kalau sebelum ini, semasa di prasekolah, hari pertama persekolahan pasti Syauqi akan menangis kerana tidak mahu masuk ke kelas. Bila ditanya kenapa, katanya malu dengan kawan-kawan yang tidak dikenalinya. PEMALU rupanya anak ibu ni... Tetapi, nampaknya tahun ini Syauqi telah menunjukkan kematangannya, keberaniannya dan kegembiraannya untuk berjumpa kawan-kawan lama semasa prasekolah dahulu. Inilah untungnya kanak-kanak diberi pendedahan awal ke sekolah. Kalau tidak, timbullah masalah menangis, tak mahu masuk kelas pada hari pertama selain takutkan cikgu. Alhamdulillah syukur, syauqi tidak begitu. Semoga Syauqi menjadi murid yang pintar, berani dan cerdas. Doa ibu sentiasa mengiringi Syauqi selagi hayat ibu ada....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan