Rabu, 17 Mac 2010

Kem Bestari Solat





Saya menghadiri kem bestari solat untuk siri yang pertama tahun 2010.

Khamis, 14 Januari 2010

Selasa, 5 Januari 2010

Hari pertama persekolahan


Waktu rehat Syauqi dah pandai beli sendiri.


Syahmi, sepupu Syauqi pun pandai urus diri sendiri. Bagus tu....


4 Januari 2010 hari Isnin, bermula penggal persekolahan sesi 2010. Hari ini Syauqi masuk ke alam persekolahan sebenar setelah 2 tahun belajar di prasekolah. Ada sedikit perubahan pada personaliti syauqi. Kalau sebelum ini, semasa di prasekolah, hari pertama persekolahan pasti Syauqi akan menangis kerana tidak mahu masuk ke kelas. Bila ditanya kenapa, katanya malu dengan kawan-kawan yang tidak dikenalinya. PEMALU rupanya anak ibu ni... Tetapi, nampaknya tahun ini Syauqi telah menunjukkan kematangannya, keberaniannya dan kegembiraannya untuk berjumpa kawan-kawan lama semasa prasekolah dahulu. Inilah untungnya kanak-kanak diberi pendedahan awal ke sekolah. Kalau tidak, timbullah masalah menangis, tak mahu masuk kelas pada hari pertama selain takutkan cikgu. Alhamdulillah syukur, syauqi tidak begitu. Semoga Syauqi menjadi murid yang pintar, berani dan cerdas. Doa ibu sentiasa mengiringi Syauqi selagi hayat ibu ada....

Khamis, 3 Disember 2009

Hari Lahir Saya


Kek hari lahir saya.

Hari ini 3 Disember 2009 genaplah 6 tahun umur saya..


Saya bersama kakak saya Syazana dan abang saya Syazni..


Tahun 2010 saya akan naik tahun 1. Saya akan bersekolah di sekolah ibu saya. SK Dato' Seri Maharajalela, Pekan Jabi, Segamat.

Rabu, 18 November 2009

Waktu ni saya bersama keluarga singgah di Yong Peng. Tempat bas ekspress parking. Yang seronoknya, banyak ikan-ikan peliharaan di situ. Ada ikan keli yang paling besar di situ.

Seronok rasanya dapat berjalan-jalan dengan keluarga... kalau asyik duduk di rumah saya akan rasa bosan.

Ibu belikan saya doughnut... saya suka doughnut coklat.

Jumaat, 13 November 2009

Video Drift Challenge 2009



Syauqi pun nak masukkan video drift challenge juga kat blog Qi... Qi dah merajuk kat ibu, supaya masukkan video ni...
"SELAMAT MENONTON"