Isnin, 19 Oktober 2009

Bersiar-siar


Drift Challenge 2009


Cantik tau kereta ni, steringnya seperti skrin tv.


Saya memang sukakan kereta....


Kalaulah saya dapat naik kereta ini... bestnya...


Selepas tengok drift saya juga minta ibu main game lumba kereta. Saya rasa seperti saya yang buat drift tadi..


Hari Deepavali, sekolah saya cuti selama 3 hari. Ibu saya pulak cuti 4 hari. Waktu cuti-cuti ni saya dan keluarga bersiar-siar di BP Mall, Batu Pahat. Sungguh saya tak sangka, waktu itu ada Drift Challenge di kawasan letak kereta BP Mall. Saya pun tengoklah drift tu. Seronoknya... Selama ni saya cuma saksikan drift dalam cerita "KL Drift" je.

Ahad, 18 Oktober 2009

Syauqi *kerinduanku*


Nama saya Muhammad Syauqi bin Saifuddin Amir. Saya dilahirkan di Hospital Segamat pada tanggal 3 Disember 2003. Saya bersekolah di pra sekolah SK Pogoh, Segamat, Johor sama seperti sekolah abang saya. Syauqi bermaksud "kerinduanku". Nama panggilan saya ialah Qie... Sebenarnya ayah saya yang memberikan nama Muhammad Syauqi ni... Saya anak ke empat dari empat orang adik beradik. Saya sangat manja dengan ibu saya, kalau saya tak dapat sesuatu barang mainan saya akan menangis dan meronta-ronta di hadapan ibu saya. Sebab tu ibu selalu belikan mainan terutamanya kereta untuk saya. Saya sayang ibu dan ayah saya...